home / privacy-policy

Notis Privasi

View in English

Kemas kini terakhir: [05/2025]

Apakah yang diliputi oleh notis privasi ini?

Notis privasi ini menerangkan bagaimana data peribadi anda dikumpul, digunakan dan didedahkan oleh Gamuda Berhad dan syarikat-syarikat lain dalam kumpulan Gamuda Berhad, termasuk syarikat subsidiari, syarikat sekutu, entiti kawalan bersama dan anggota gabungannya yang diperbadankan di UK, EU atau di Malaysia (termasuk tetapi tidak terhad kepada Kumpulan Syarikat Gamuda dan syarikat sekutu, entiti kawalan bersama serta anggota gabungannya, dan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang dinyatakan di sini) (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan” atau “kami“).

Notis privasi ini terpakai kepada data peribadi yang kami peroleh daripada atau mengenai anda apabila anda: (i) melawati semua platform digital dan mudah alih (termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web, media sosial dan aplikasi mudah alih) yang dikendalikan oleh kami dan yang memaut kepada notis privasi ini (secara kolektif dirujuk sebagai “Laman”); (ii) berinteraksi dengan kami (contohnya, melengkapkan bahan bercetak atau borang, menggunakan alat carian, menyertai tinjauan atau pertandingan, berkomunikasi dengan kami); (iii) menyertai acara anjuran kami; atau (iv) melawat pejabat kami.

Notis ini juga menerangkan hak anda dalam perlindungan data, termasuk hak untuk membantah terhadap sebahagian pemprosesan data yang kami laksanakan. Maklumat lanjut mengenai hak anda, dan cara untuk melaksanakan hak tersebut, diterangkan dalam seksyen “Pilihan dan hak anda”.

Kami mungkin memberikan maklumat tambahan berkenaan amalan privasi kami pada masa lain, contohnya apabila kami meminta anda memberikan data peribadi berkaitan dengan perkhidmatan tertentu atau apabila anda memohon pekerjaan, dan apabila situasi tersebut dapat membantu kami memberikan maklumat yang lebih relevan pada masa yang tepat

Data peribadi yang mungkin kami kumpulkan tentang anda


Bagaimanakah kami menggunakan maklumat ini, dan apakah asas undang-undang bagi penggunaannya?


Bagaimana kami berkongsi data peribadi anda


Di mana kami memindahkan data peribadi anda


Pilihan dan hak anda


Berapa lama kami menyimpan data peribadi anda


Bagaimana kami melindungi data peribadi anda


Kemas kini kepada notis privasi ini


Hubungi kami